TANAH MERAH: Seorang juruteknik yang dikhuatiri hilang selepas tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Sat semasa menyelamatkan anaknya ditemukan terapung hari ini selepas lebih 34 jam hilang. Mayat Mohd.Saifuldin Ramli, 46, ditemukan di atas kawasan berpasir oleh anggota bomba pada pukul 7.42 pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 400 meter dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang semasa anggota…