JPJ kesan pemandu warga asing guna MyKad, lesen palsu

JPJ kesan pemandu warga asing guna MyKad, lesen palsu

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi khas bagi membongkar kegiatan pemandu warga asing yang menggunakan kad pengenalan (MyKad) dan lesen memandu palsu, khususnya melibatkan kenderaan perdagangan.

Langkah itu diambil susulan insiden sebuah lori membawa bahan buangan di Selayang dikesan menggunakan lesen palsu, Rabu lalu.

Dalam operasi dijalankan JPJ Kuala Lumpur, pemandu lori dipercayai warga Indonesia berusia 40-an bertindak melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas diminta menyerahkan dokumen pengenalan.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, semakan mendapati kad pengenalan serta Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) yang digunakan adalah palsu.

“Kes ini serius dan kita sedang siasat sindiket yang terlibat dalam pengeluaran dokumen palsu tersebut,” katanya pada sidang media di Stesen Penguat Kuasa JPJ Gombak, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam.

Dalam kes berasingan, seorang lagi pemandu lori warga Indonesia ditahan di Sungai Pusu, Gombak kerana memandu tanpa sebarang dokumen sah dan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN