Johor sedang alami transformasi bertaraf antarabangsa

Johor sedang alami transformasi bertaraf antarabangsa

ONN Hafiz Ghazi (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Astaka Padu dan Capitaland Investment di One Bukit Senyum, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor sedang mengalami fasa transformasi menjadi sebuah negeri bertaraf antarabangsa melalui pelbagai pelan pembangunan yang telah dan sedang dirancang ketika ini. 

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, rakyat negeri ini perlu bersedia dengan mengambil peluang yang tersedia, khususnya melalui inisiatif ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Katanya, pihaknya yakin Johor akan berkembang jauh lebih baik berbanding negeri-negeri lain di negara ini.

“Ini bukan kata-kata angkuh, tetapi adalah realiti khususnya apabila kita sering dibandingkan dengan Singapura, bukan Kuala Lumpur, Melaka atau Negeri Sembilan.

“Hakikatnya Johor ada banyak potensi, terlalu banyak dan terlalu besar. Jadi kalau kita (rakyat) tidak rebut peluang ini, kita akan rugi,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Astaka Padu dan Capitaland Investment, di One Bukit Senyum, di sini hari ini.

Onn Hafiz bagaimanapun menegaskan kepentingan modal insan untuk mengimbangi kemodenan infrastruktur dan pembangunan di bandar raya ini.

“Apa guna kalau ada bangunan pencakar langit tetapi mentaliti masyarakat tidak berada pada tahap itu, sebab itu kerajaan melalui sedang merangka pelbagai pelan transformasi. Sehubungan itu, saya menyeru kerjasama semua pihak, agensi kerajaan, swasta serta individu awam untuk bersama-sama memastikan hasrat ini menjadi satu kenyataan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN