Jakim nafi dakwaan jarang audit daging import Australia - Utusan Malaysia

Jakim nafi dakwaan jarang audit daging import Australia

SIRAJUDDIN SUHAIMEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan pihaknya jarang menjalankan audit terhadap daging import Australia.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, video yang tular di media sosial dengan tajuk “Jakim jarang audit daging import Australia, rakyat Malaysia termakan bangkai” merupakan rakaman lama dari tahun 2022 yang kembali ditularkan.

Beliau menjelaskan, Jakim mempunyai mekanisme penilaian dan pemantauan halal yang komprehensif serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Jakim juga melakukan audit berterusan terhadap badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf.
“Proses sembelihan dan pemprosesan produk daging yang dibekalkan ke Malaysia wajib mematuhi hukum syarak, Standard Malaysia (MS 1500) serta Malaysian Protocol for the Halal Meat and Poultry Productions,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, hanya rumah sembelihan dan loji pemprosesan yang disahkan halal oleh badan diiktiraf JAKIM serta diperakui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dibenarkan mengeksport ke Malaysia.

“Di Australia, Pejabat Atase Halal Jakim di Canberra menjalankan pemantauan berjadual terhadap premis yang diluluskan, selain pihak berkuasa negara itu, The Department of Agriculture, Fisheries and Forestry (DAFF) turut menguatkuasakan peraturan eksport daging halal,” katanya.

Beliau berkata, di pintu masuk negara, semua dokumen termasuk sijil halal dan butiran pengimportan diperiksa secara teliti oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Masyarakat dinasihatkan menyemak kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya, dan merujuk sebarang isu halal kepada pihak berkuasa yang berwibawa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN