Benteng kebal Sepanyol cabaran Argentina

Benteng kebal Sepanyol cabaran Argentina

Marc Cucurella menjadi tonggak pertahanan Sepanyol bagi bertemu Argentina dalam aksi final Piala Dunia 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: Lionel Messi dan Argentina berdepan tugas sukar untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia apabila perlu menembusi benteng pertahanan Sepanyol yang menjadi antara paling kukuh dalam sejarah kejohanan.

Sepanyol mara ke pentas final hasil kekuatan kolektif yang diterapkan pengendali Luis de la Fuente dengan setiap pemain memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah pasukan yang seimbang di setiap posisi.

Walaupun gandingan tengah yang diketuai Rodri, Dani Olmo, Pedri dan Fabian Ruiz sering mendapat perhatian, kekuatan utama La Roja sepanjang kempen kali ini adalah keteguhan benteng pertahanan mereka.

Barisan pertahanan yang diketuai Marc Cucurella, Aymeric Laporte, Pau Cubarsi dan Pedro Porro hanya melepaskan satu gol dalam tujuh perlawanan, sekali gus membuktikan kestabilan mereka di pentas tertinggi.

Sekiranya Sepanyol berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos pada aksi final di Stadium MetLife, esok, mereka akan mencipta sejarah sebagai juara Piala Dunia dengan jumlah bolos paling sedikit dalam satu kempen.

Rekod ketika ini adalah dua gol, yang dikongsi oleh Perancis (1998), Itali (2006) dan Sepanyol sendiri ketika menjulang trofi pada 2010.

Cucurella, 27, yang mencipta nama bersama Brighton dan Chelsea sebelum melengkapkan perpindahan ke Real Madrid bulan lalu, menyifatkan kekuatan pertahanan sebagai kunci kejayaan pasukan.

“Pasukan hebat ialah pasukan yang mampu menguasai kedua-dua kawasan penalti. Semakin sedikit gol yang dibolosi, semakin besar peluang untuk menang.

“Jika kami bertahan dengan baik, kami akan lebih hampir untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Di bahagian tengah pertahanan, pengalaman Laporte digandingkan dengan bakat muda Barcelona, Pau Cubarsi yang tampil matang walaupun baru berusia 19 tahun.

Laporte, 32, mengakui kagum dengan kemampuan Cubarsi yang sudah membuktikan dirinya di peringkat kelab dan antarabangsa.

“Dia pemain yang hebat. Pada usia 19 tahun, dia sudah beraksi banyak perlawanan bersama Barcelona dan pasukan kebangsaan. Dia memiliki kualiti yang luar biasa,” katanya.

Cubarsi pula menegaskan dia tidak gentar berdepan tekanan pentas Piala Dunia dan percaya karakter menjadi elemen penting untuk seorang pertahanan.

“Saya suka bermain secara agresif dan memastikan kehadiran saya dirasai. Di posisi ini, anda tidak boleh berundur daripada cabaran.

“Anda perlu memiliki karakter untuk menjadi pemain yang mampu membawa perubahan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN