JOHOR BAHRU: Mangsa buli, Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, yang mengalami kecederaan gegaran otak selepas didakwa dipukul, kini mengalami trauma serius sehingga sering mengalami mimpi buruk. Ibu mangsa, Siti Suhana Misdi, 39, berkata perubahan ketara pada sikap anaknya itu mula kelihatan sejak kejadian tersebut. Menurut Siti Suhana, anak keempat daripada enam beradik itu kerap menangis pada waktu malam selepas terjaga daripada tidur. “Selepas kejadian, dia sering menyendiri dan kadang-kadang menangis…