Ismail Sabri gesa siasatan terhadap akaun Facebook sebar artikel palsu

Ismail Sabri gesa siasatan terhadap akaun Facebook sebar artikel palsu

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap sebuah akaun Facebook memuat naik dua artikel palsu dan fitnah yang mengaitkan beliau dengan insiden membabitkan anak Datuk Seri Rafizi Ramli serta skandal sebuah syarikat swasta.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keseluruhan kandungan artikel berkenaan tidak benar sama sekali dan mempunyai niat jahat untuk merosakkan reputasi serta nama baik beliau.

Susulan itu, setiausaha akhbarnya telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 18 Ogos lalu.

“Laporan turut dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Facebook bagi memastikan tindakan segera diambil terhadap pengendali atau pemilik laman tersebut.

“Saya memohon pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali Facebook ini serta mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran artikel berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri turut mengesahkan bahawa peguamnya telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Bekas Menteri Ekonomi itu atas penjelasan yang diberikan hari ini. 

“Maklumat yang diterima berkaitan Datuk Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan urus niaga syarikat-syarikatnya,” katanya.

Terdahulu, Rafizi menegaskan maklumat yang dirujuk beliau berhubung satu skandal yang sedang diteliti adalah tidak melibatkan Ismail Sabri dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN