PUTRAJAYA: Penjawat awam yang mengambil inisiatif melanjutkan pengajian atas perbelanjaan sendiri bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kecemerlangan akademik masing-masing akan menerima insentif kewangan di bawah Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA). Kumpulan Pengurusan, Profesional dan Pelaksana yang memegang ijazah doktor falsafah akan menerima RM1,250, pemegang ijazah sarjana (RM1,000); ijazah sarjana muda (RM750) dan diploma atau setaraf (RM500). Setakat ini, seramai 91,672 penjawat awam layak menerima insentif kewangan yang bersifat sekali dalam sepanjang…










