Injunksi Asyraf Khalid terhadap Caprice 18 Ogos

Injunksi Asyraf Khalid terhadap Caprice 18 Ogos

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan injunksi yang dimohon oleh anak tiri Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terhadap penyanyi rap, Caprice akan didengar di hadapan hakim baharu.

Peguam, Abdul Hakeem Aiman yang mewakili Asyraf Khalid ketika ditemui media memberitahu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini sepatutnya mendengar permohonan injunksi secara ex-parte (sebelah pihak).

“Permohonan hari ini sebenarnya adalah secara sebelah pihak. Memandangkan Yang Arif (Dr. Suzana Muhamad Said) akan berpindah dan akan ada hakim lain yang menggantikan beliau, Yang Arif berpendapat agar permohonan ini didengar oleh hakim yang baharu. Jadi, mahkamah menetapkan pendengaran pada 18 Ogos ini di hadapan hakim baharu,” katanya.

Peguam itu juga memaklumkan saman fitnah terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli selaku defendan pada 4 Ogos lalu.

“Saman adalah berkaitan dengan kenyataan dan 31 siaran (posting) yang dibuat berbaur fitnah yang dibuat defendan membabitkan anak guam kami,” kata Abdul Hakeem.

Dalam satu sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Ashraf dalam satu sidang media memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice.

Tindakan itu diambil selepas Caprice dikatakan melakukan serangan video selepas Asyraf memuat naik potongan audio siarnya ‘Apa Cerita?’ memaparkan tetamu jemputan yang didakwa pernah melakukan kekerasan.

Tindakan Caprice itu menyebabkan warga maya menyerang laman sosial Apa Cerita? Podcast selepas Asyraf memuat naik potongan klip pendek daripada video wawancara audio siarnya dengan wajah tetamu tersebut dikaburkan.

Perkongsiannya mencetuskan perasaan tidak puas hati ramai yang mempersoal motif sebenar suami kepada pelakon Tya Ariffin itu mengundang individu terbabit sebagai tetamu program berkenaan.

Menurut Asyraf, kenyataan berbaur fitnah itu telah menyebabkan mentalnya terganggu dan emosinya selain merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

Dalam pada itu, Asyraf mengakui kecewa dengan serangan yang dilakukan Caprice mengenangkan mereka sudah saling mengenali sejak 15 tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×