KUALA TERENGGANU: Penganjuran Himpunan RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, di sini hujung minggu lalu bukan sahaja mencatat rekod kehadiran kira-kira 150,000 peserta malah membawa limpahan ekonomi dianggarkan mencecah RM50 juta kepada negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ariffin Deraman berkata, pengiraan itu dibuat berdasarkan perbelanjaan minimum setiap pengunjung sepanjang dua hari berlangsungnya acara permotoran terbesar tanah air…