Hilal Azman layak menang anugerah APFF - Zakiah

Hilal Azman layak menang anugerah APFF – Zakiah

HILAL AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit filem Memori, Zakiah Malek mempertahankan kredibiliti pelakon veteran Datuk Hilal Azman yang dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-61 di Macau, Februari lalu, walaupun status festival tersebut kini menjadi pertikaian.

Zakiah yang juga Ketua Pegawai Operasi Creative Stew berkata, anugerah tersebut diperoleh hasil lakonan cemerlang Hilal sebagai Dr. Hassan, seorang pesakit Alzheimer yang menjadi watak utama dalam lem berkenaan.

“Kami percaya Datuk Hilal Azman benar-benar layak menerima pengiktirafan itu. Persembahannya sangat meyakinkan, menyentuh emosi dan tidak menerima sebarang komen negatif sejak tayangan perdana.

“Memori ialah karya yang dibuat dengan sepenuh hati, mengetengahkan kasih sayang antara ayah dan anak. Kami tidak akan menyertai festival itu jika tidak mendapat jemputan rasmi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Menurutnya, pihaknya menerima jemputan rasmi daripada penganjur APFF melalui pengedar filem, Golden Screen Cinemas (GSC) sejak Februari lalu untuk bertanding bersama filem dari negara seperti Myanmar dan Thailand.

Zakiah menjelaskan acara itu berlangsung pada 21 Februari di City of Dreams, Macau, disertai juri antarabangsa serta kehadiran selebriti ternama dari China dan Asia.

“Kami hadir atas jemputan dan tidak tahu langsung tentang festival serupa yang didakwa berlangsung di Malaysia. Kami sekadar peserta, bukan penganjur.

“Orang ramai boleh semak sendiri senarai pemenang antarabangsa yang diiktiraf di laman IMDb,” katanya.

Bagaimanapun, kontroversi tercetus selepas timbul laporan kewujudan dua festival menggunakan nama sama, Festival Filem Asia Pasifik ke-61 namun mengumumkan senarai pemenang berbeza.

Setiausaha Agung Federation of Motion Producers in Asia Pacific (FPA), Panchacharam Nalliah menegaskan bahawa hanya satu APFF ke-61 yang sah, iaitu yang berlangsung di Genting Highlands dari 29 November hingga 1 Disember 2024.

Pengerusi Penganjur APFF Genting, Aron Koh pula menyifatkan festival di Macau sebagai tidak sah dan menyuarakan kekecewaan terhadap kekeliruan tersebut.

Namun Zakiah menegaskan bahawa kontroversi itu tidak akan menjejaskan semangat mereka menghasilkan lem berkualiti dan menghargai anugerah yang diterima secara profesional.

Sebelum ini, Hilal berkongsi ke menangannya kepada media, menewaskan calon dari Jepun, Filipina dan China dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Namun, muncul dakwaan trofi diterimanya dari festival di China itu tidak diiktiraf pihak berkuasa rasmi perfileman Asia Pasik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN