Hari Kebangsaan 2025: Sokongan rakyat luar biasa

Hari Kebangsaan 2025: Sokongan rakyat luar biasa

AHMAD Zahid Hamidi ketika bersama Anwar Ibrahim menyantuni rakyat selepas sambutan Hari Kebangsaan 2025, Putrajaya. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sokongan rakyat pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, di sini disifatkan sebagai berjaya dan luar biasa sekali gus menzahirkan kebersamaan rakyat Malaysia dan menterjemahkan semangat patriotik berbilang kaum.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita mengucapkan selamat Hari Kebangsaan dan memuji penganjuran kali ini yang disifatkanya amat menarik.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan. Semoga penyatuan seluruh rakyat Malaysia akan (terus) tercapai dan kita ketepikan perbedaan di kalangan kita,” katanya selepas menyantuni rakyat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas acara sambutan itu.

Menzahirkan pendapat sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut memuji setiap persembahan dipamerkan semua pihak yang terlibat pada sambuta kali ini.

“Persembahan yang begitu baik mengangkat semangat (bersama). Yang penting ialah untuk kita bersatu. Memastikan negara Malaysia akan terus bersatu, mencipta kemakmuran untuk kesejahteraan rakyat semua,” katanya.

Sambutan yang bermula secara rasmi pukul 8 pagi itu dihadiri lebih 100,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur.

Bertemakan ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’, acara sambutan dimulai dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, pada 8 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN