Hari Kebangsaan 2025: Askar 'sado' tampil lebih sopan hari ini, tiada lagi otot sasa terdedah

Hari Kebangsaan 2025: Askar ‘sado’ tampil lebih sopan hari ini, tiada lagi otot sasa terdedah

ANGGOTA tentera darat berbadan sasa tampil lebih 'sopan' pada perbarisan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Akur terhadap kecaman dan kritikan, anggota tentera darat berbadan sasa tampil lebih ‘sopan’ pada perbarisan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, di sini pagi ini.

Berbanding imej dedah otot ‘seksi’ dan sasa pada penampilan raptai penuh pada Jumaat lalu, otot berurat abang askar sado hari ini ditutup dengan baju.

Walaupun tanpa mendedahkan otot sasa, mereka tetap diberi sorakan dan teriakan oleh pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya, di sini.

Sebelum ini, penampilan anggota tentera darat berbadan sasa ketika raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri perhatian orang ramai.

Apa tidaknya, kesemua mereka tampil segak beruniform dengan pendedahan otot sasa sekali gus merampas takhta yang dibawa oleh abam bomba sado pada siri sambutan sebelum ini.

Sebelum ini, kemunculan anggota tentera darat berbadan sado di majlis raptai penuh Hari Kebangsaan 2025 telah pun menjadi bualan hangat di platform media sosial.

Abang askar ‘sado’ mencuri perhatian pada sesi raptai penuh itu dan memaparkan abang-abang tentera itu seakan ‘syok’ menayang badan mereka yang sasa kepada umum.

Perkara tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang untuk sesetengah pihak, di mana mereka mempersoalkan sama ada menayang tubuh badan sudah menjadi satu trend ‘wajib’ apabila perarakan Hari Kebangsaan.

Bahkan, ada yang bertanya apakah faedah menayang badan sado serta pertikaikan jika pakaian yang dipakai oleh abang-abang askar itu adalah etika pakaian tentera era baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN