Hargai usaha Atikah Suhaime kuruskan badan, suami hadiahkan makanan mewah - Utusan Malaysia

Hargai usaha Atikah Suhaime kuruskan badan, suami hadiahkan makanan mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bangga dengan usaha isteri menurunkan berat badan, suami kepada pelakon, Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh membawanya menikmati makan malam di sebuah restoran mewah. 

Pada awalnya, Atikah atau Nur Atikah binti Mohd Suhaime, 34, memilih juadah daripada senarai menu yang berharga RM298. Namun begitu, Lokman kemudian membuat kejutan dengan pilihan hidangan eksklusif makanan Jepun berharga RM888. 

“Oleh sebab awak sudah berusaha, sudah kurus dan awak wanita yang baik. Saya berikan sesuatu istimewa yang tiada di sini. Saya sahaja yang ada menu ini iaitu hidangan pilihan chef,” katanya.

Namun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan ialah reaksi yang diberikan pelakon Lagenda Budak Hostel itu yang bukan sahaja terharu, malah serba salah kerana harga makanan tersebut dianggap terlalu mahal.

“Tapi sayang, harganya RM888, ia terlalu mahal,” jawab Atikah. Bagaimanapun Lokman meyakinkan Atikah bahawa dia layak mendapatkan hadiah tersebut bagi menghargai usahanya selama ini. 

“Tidak mengapa, saya sayang awak. Mari kita makan,” jawab Lokman menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

Tindakan Lokman itu mencuri tumpuan warga maya yang terharu melihat kebahagiaan rumah tangga pasangan itu. Malah, mereka mula memanggil Lokman dengan gelaran suami ‘green flag’. 

“Alhamdulillah Tika dapat suami yang pemurah dan menghargai. Bukan semua isteri dapat suami begini. Syukur,” tulis satu komen. 

“Comel sahaja Atikah risau suami kena bayar RM888, tapi suaminya baik berikan dia segalanya,” kata komen yang lain. 

“Semoga rezeki rumah tangga begini akan sampai kepada saya suatu hari nanti,” doa seorang peminat.

Terdahulu, Atikah mencuri tumpuan apabila sering berkongsi senaman dan rutin gaya hidup sihat yang dilakukannya untuk kembali kurus selepas melahirkan anak sulungnya,  Lyla Mulan Teh.

Selain menolak menggunakan ubat pelangsing, Atikah aktif melakukan aktiviti seperti pilates, mendaki, bersenam sehingga beratnya turun sehingga 20 kilogram. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN