'Hanya ‘camera tricks’, tiada aksi bersentuhan di dalam masjid' - Utusan Malaysia

‘Hanya ‘camera tricks’, tiada aksi bersentuhan di dalam masjid’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Siti Khadijah, menjelaskan tiada aksi bersentuhan sepanjang lakonannya bersama Adam Lee menerusi drama Di Sebalik Reda

Menurut Siti atau Siti Khadijah Abdul Halim, 28, adegan di dalam masjid yang dilihat seperti bersentuhan sebenarnya sebuah elat kamera atau camera tricks yang dihasilkan mengikut kreativiti pasukan produksi. 

“Jangan risau, kami tidak bersentuhan. Itu adalah elat kamera jika anda perhatikan betul-betul.

“Semoga kita semua sentiasa berusaha menjadi hamba yang sentiasa inginkan kebaikan,” tulis Siti menerusi Instagram Story.

Siti memberi respons kepada seorang peminat yang menegur pelakon itu bersentuhan di dalam masjid menerusi satu tangkap layar. 

Dalam pada itu, pelakon From Saga With Love itu juga bersyukur kerana digandingkan bersama rakan pelakon seperti Adam Lee yang sentiasa menjaga batas dalam lakonan.

“Walaupun siri drama ini sudah tamat saya mahu ucapkan terima kasih.

“Saya bertuah kerana digandingkan bersama Adam Lee yang tahu menjaga batas baik di hadapan mahupun di belakang kamera. Beliau juga sangat menghormati situasi seperti ini,” tambah Siti. 

Sementara itu, Adam Lee juga mengesahkan perkara itu menerusi perkongsian di Instagram selain menekankan pentingnya untuk mempunyai ilmu jika mahu mengelak daripada melakukan adegan bersentuhan. 

“Bukan hanya dalam masjid, luar masjid pun kami tidak bersentuhan. Camera Tricks itu penting untuk sesetengah pelakon yang mengamalkannya macam saya.

“Paling penting sebenarnya adalah ilmu,” tulis Adam ringkas.

Di Sebalik Reda mengisahkan tentang Darlina lakonan Siti Khadijah yang mempunyai seorang kakak kurang upaya bernama Damia. Sepanjang hidup, dia selalu menjaga kebajikan kakaknya sehingga menggadaikan masa depan.

Episod akhir drama Di Sebalik Reda telah ditayangkan pada Jumaat, 15 Mei 2025. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN