Fadil tekad mahu pastikan Kuala Lumpur aman

Fadil tekad mahu pastikan Kuala Lumpur aman

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus bertekad mahu bersungguh-sungguh membanteras cabaran jenayah di ibu negara selepas diberi kepercayaan menerajui kontinjen berkenaan.

Katanya, beliau telah menerima amanah dan tanggungjawab yang diberikan pucuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh itu beliau mahu memastikan pasukan berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata, pengalaman luas dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan dimanfaatkan untuk menangani cabaran keselamatan di ibu kota bersama barisan kepimpinan IPK Kuala Lumpur.

“Pasukan akan bergerak aktif bersama dengan seluruh masyarakat. Peranan saya bersama timbalan dan semua warga Polis Kuala Lumpur, insya-Allah, akan all out untuk pencapaian visi dan misi PDRM.

“Dengan pengalaman yang ada dalam JSJ bersama timbalan (Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad) serta ketua jabatan, kita akan cuba atasi semua cabaran (jenayah) ini dan laksanakannya sebaik mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari. 

Ujar beliau, kerjasama antara polis dan masyarakat amat diharapkan bagi memastikan keberhasilan di Kuala Lumpur, selain memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan teratur.

“Kami akan laksanakan sebaik mungkin, dengan mengoptimumkan semua sumber ke arah pencapaian positif,” katanya.

Fadil yang lebih dikenali sebagai Blade sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Beliau pernah bertugas sebagai Bahagian D3 (Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 2019 hingga 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN