‘Enggan komen keadaan mental Amy Search, dia sibuk buat persembahan’ - Utusan Malaysia

‘Enggan komen keadaan mental Amy Search, dia sibuk buat persembahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam kepada penyanyi rock terkenal, Datuk Amy Search, iaitu Datuk M Reza Hassan enggan memberi sebarang komen berhubung keadaan mental penyanyi itu yang bertindak memadam hantaran di media sosial, semalam.

Bagaimanapun, M Reza dimaklumkan bahawa anak guamnya itu sedang sibuk menghadiri jemputan membuat persembahan.

“Saya tidak mahu komen mengenai keadaan emosinya kerana saya hanya menguruskan prosedur membabitkan undang-undang.

“Namun difahamkan beliau sedang sibuk membuat persembahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, M Reza turut mengesahkan sudah menghantar notis tuntutan kepada penyanyi, Shila Amzah namun belum boleh berkongsi sebarang tuntutan yang dibuat.

“Betul, kami sudah hantar LOD, tetapi setakat ini tiada tarikh atau maklumat lanjut yang boleh dikongsikan,” katanya.

Semalam, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 67, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memadam kesemua gambar di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia mendapatkan maklum balas daripada pihak vokalis Search itu terkubur apabila mereka tidak mengangkat panggilan telefon.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN