Enam termasuk warga asing ditahan terbabit kegiatan sisa e-waste

Enam termasuk warga asing ditahan terbabit kegiatan sisa e-waste

ANTARA barangan dianggarkan bernilai RM8 juta yang dirampas di sebuah premis tidak bernombor di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam warga asing termasuk dari China selepas mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram.

Mereka ditahan dalam serbuan Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sungai Petani serta Balai

Polis Tikam Batu di sebuah premis tidak bernombor di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Dalam serbuan itu, pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM8 juta turut dirampas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, kesemua suspek terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga China.

“Mereka diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63. Sitaan ke atas premis berkenaan turut dilakukan oleh pihak JAS untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Nilai keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM8 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, antara kesalahan yang disiasat termasuk Seksyen 34A, 34B dan Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 selain kesalahan imigresen.

Jelasnya, operasi bersepadu ini adalah sebahagian daripada tindakan Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) yang menekankan kerjasama rentas agensi untuk memperkasakan penguatkuasaan dan memberi impak yang lebih menyeluruh.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan dan pengurusan haram e-waste,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN