KLUANG: Dua maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 68.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Machap, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian pukul 8 pagi itu, pemandu, G. Logharaj, 21, dan penumpang hadapan, S. Seelankumar, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Katanya, seorang lagi rakan mereka, P. Roshaan, 21, yang…