SEGAMAT: Seorang penduduk di Kampung Tengah, di sini, berdepan pengalaman mencemaskan apabila rumah sewanya mengalami keretakan pada dinding dan lantai selepas kejadian gempa bumi lemah yang melanda daerah ini awal pagi semalam. Menurut Azman Alidin, 44, sewaktu kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi, beliau tidak berada di rumah kerana bertugas di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Bandar Segamat. “Saya merasai gegaran sewaktu berada di PKOD.…