Didakwa tikam adik guna gunting

Didakwa tikam adik guna gunting

RAJASKANA Sheik Abdul Kadar dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menikam adik kandungnya menggunakan sebilah gunting. - UTUSAN/ARIF HAMIZAN MISKON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang juruelektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menikam adik kandungnya menggunakan sebilah gunting, minggu lalu.

Tertuduh, Rajaskana Sheik Abdul Kadar, 38, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa berusia 35 tahun dengan menggunakan sebilah gunting yang mana ia adalah senjata serangan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11.30 malam di sebuah rumah bernombor di Taman Kandang Permai dalam daerah Melaka Tengah pada 12 Ogos 2025.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 326A KK.

Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Zaidah Muhammad Zailani mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 sementara peguam Amritpal Singh yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai juruelektrik, selain telah berkahwin dan menanggung dua anak serta seorang adik.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 September ini bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN