Cadangan projek kereta kabel Taman Botani -Gurney Bay perlu kajian

Cadangan projek kereta kabel Taman Botani -Gurney Bay perlu kajian

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri meminta syarikat yang memegang konsesi untuk projek kereta kabel di Bukit Bendera iaitu Hartasuma Sdn. Bhd. untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan projek kereta kabel dari Taman Botani ke Gurney Bay selepas ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kajian tersebut masih di peringkat awal dan hanya bersifat kajian kebolehlaksanaan bagi menilai sama ada laluan baharu itu wajar direalisasikan pada masa hadapan atau sebaliknya.

“Gurney Bay adalah satu lagi tarikan pelancongan ikonik. Oleh itu, masuk akal juga untuk menghubungkan Taman Botani dengan Gurney Bay melalui kereta kabel pada masa yang sama.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri telah meminta Hartasuma untuk melakukan kajian kebolehlaksanaan bagi projek kereta kabel berkenaan. Ia hanya kajian kebolehlaksanaan sahaja,” katanya.

Kon Yeow berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri akan membina projek kereta kabel baharu yang menghubungkan Taman Botani sehingga ke Gurney Bay.

Terdahulu, Kon Yeow menghadiri majlis menandatangani kemudahan pembiayaan bagi pembangunan kereta kabel Bukit Bendera di sini, hari ini.

Menurut Kon Yeow, jarak antara Taman Botani dan Gurney Bay dianggarkan kira-kira 2.5 kilometer (km) dan berpotensi menjadi satu lagi tarikan pelancongan yang signifikan sekiranya terbukti berdaya maju. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN