Buli: Asyraf Wajdi tidak gentar disaman

Buli: Asyraf Wajdi tidak gentar disaman

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa bekas pelajar yang dibuang daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana terlibat dalam kes buli mahu menyaman Maj­lis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata, beliau tidak mempedulikan sebarang tindakan undang-undang tersebut kerana menjadi tugasnya untuk memastikan persekitaran MRSM terus dalam keadaan selamat.

“Saya katakan bring it on!’ (silakan). Saya nak jaga keselamatan majoriti pelajar bukan segelintir yang berlagak samseng,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini beliau berkata, keselamatan dan kebajikan pelajar di semua MRSM adalah keutamaan utama dan sebarang perlakuan termasuk buli yang mengancam suasana pembelajaran selamat tidak ditoleransi.

Malah beliau memberi peringatan iaitu ‘you touch, you go’ (anda sentuh, anda pergi) dengan mengambil tindakan membuang pelajar MRSM didapati terlibat kes buli.

Katanya, Mara terus me­ngambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terbukti melakukan kesalahan berat termasuk buli, demi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Menurut Asyraf Wajdi, ibu bapa juga perlu memainkan peranan memastikan anak-anak tidak terjebak dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang sekolah serta bertenta­ngan dengan nilai kemanusiaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×