Beri ruang JPA kaji cadangan bersara 65 tahun

Beri ruang JPA kaji cadangan bersara 65 tahun

WAN Ahmad Dahlan Abdul Aziz (tengah) menyantuni keluarga Allahyarham Kamal Ariffin di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun akan dikaji secara menyeluruh, berfakta dan bersandarkan kepentingan nasional.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, semua pihak wajar memberi ruang kepada pihaknya untuk menjalankan kajian komprehensif sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung isu tersebut yang bakal memberi kesan langsung kepada landskap tenaga kerja sektor awam.

Katanya, setakat ini belum ada sebarang dapatan konkrit dapat dinyatakan berikutan kajian mengenai perkara tersebut hanya akan dimulakan bersekali dengan pelaksa­naan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“JPA bagaimanapun tidak akan menunggu sehingga RMK13 bermula kerana dapatan-dapatan awal akan dilaksanakan terlebih dahulu de­ngan melihat kepada beberapa negara yang menawarkan tempoh perkhidmatan awam lebih panjang berbanding Malaysia sebagai penanda aras.

“Jadi kajian itu masih memerlukan masa panjang dan JPA juga tidak akan bersendirian. Sesi libat urus akan dilaksanakan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk persatuan-persatuan seperti Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam.

“Saya juga bercadang untuk melaksanakan sesi libat urus dengan persatuan-persatuan belia kerana merekalah yang akan terlibat dalam kajian sebegini,” katanya kepada pemberita semasa program ziarah ke rumah pesara Allahyarham Kamal Ariffin Mohamed sempena Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPA di Kampung Gayong, Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, Wan Ahmad Dahlan menyerahkan sumbangan kepada balu Allahyarham, Siti Rubiah Mohammad.

Beliau memberitahu, cadangan menaikkan umur persaraan bukan sesuatu yang luar biasa untuk dilihat oleh kerajaan berikutan sudah banyak negara lain melaksanakannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN