Bas ekspres langgar treler, dua penumpang cedera

Bas ekspres langgar treler, dua penumpang cedera

ANGGOTA bomba dan polis bantuan mengeluarkan penumpang bas ekspres yang cedera selepas bas terbabit melanggar belakang sebuah treler di KM 152.4 Lebuhraya PLUS arah selatan pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Dua penumpang bas ekspres cedera selepas kenderaan itu melanggar belakang sebuah treler di KM 152.4 Lebuhraya PLUS arah selatan dalam kejadian pagi ini.

Pemandu bas ekspres dan 23 penumpang yang lainnya terselamat dalam nahas itu. Turut terselamat pemandu dan kelindan treler.

Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan menghala ke Johor Bahru.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, PPgB Mohd Farizan Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.24 pagi.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah lori treler di mana tiada mangsa yang tersepit.

“Bas ekspres berkenaan dipercayai terlanggar belakang sebelah kanan lori treler itu dan mujur pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Pihak bomba bertindak membuka pintu bas bagi mengeluarkan mangsa dengan terdapat dua orang penumpang bas mengalami kecederaan ringan dan selebihnya selamat.

“Anggota bomba turut memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera serta dibantu pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Farizan berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian bersama dua jentera di ketuai Komander Operasi PBK II, Kaib Dawan.

Katanya, operasi ditamatkan kira-kira pukul 12.20 tengah hari.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN