Anwar, Phumtham beri perhatian usaha IOT pantau sempadan Thailand-Kemboja

Anwar, Phumtham beri perhatian usaha IOT pantau sempadan Thailand-Kemboja

ANWAR Ibrahim mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon bersama Phumtham Wechayachai.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengadakan perbincangan bersama pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai bagi membincangkan situasi semasa berkaitan gencatan senjata Kemboja-Thailand.

Perdana Menteri berkata, beliau dan Phumtham turut memberi penekanan selain perhatian kepada usaha pasukan pemerhati sementara (IOT) yang terus memantau dengan teliti keadaan di sempadan.

Selain itu, katanya meneliti beberapa ikhtiar lain yang boleh digerakkan ke arah memantapkan operasi pemantauan gencatan senjata.

“Selainnya, kedua-dua kami menyentuh mengenai mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Thailand-Kemboja yang akan bersidang pada bulan hadapan,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet tengah hari tadi bagi membincangkan mengenai perkembangan terkini melibatkan gencatan senjata di antara pihak Kemboja dan Thailand.

Pada 28 Julai lalu, Anwar mengumumkan Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta serta tanpa syarat bagi meredakan ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara itu.

Ketegangan antara Thailand dengan Kemboja mula memuncak sejak 28 Mei lalu susulan pertempuran tentera antara kedua-dua negara berhampiran kawasan sempadan Preah Vihear yang dipertikaikan, mengakibatkan seorang anggota tentera Kemboja terkorban.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN