JOHOR BAHRU: Komisioner Ab. Rahaman Arsad dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu menggantikan Datuk M. Kumar kini menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor yang diadakan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid. Ab. Rahaman yang berusia 58 tahun sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.…