KUALA NERUS: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM180,000 bagi program pelepasan 346,000 ekor benih ikan dan udang galah ke perairan umum di seluruh negeri sepanjang tahun ini. Pengarahnya, Pang Nyukang berkata, program pelepasan benih itu dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai spesies ikan air tawar tempatan. Katanya, antara spesies yang dilepaskan ialah lampam sungai, baung, terbul dan udang galah yang mempunyai nilai komersial tinggi serta berpotensi memperkaya biodiversiti sungai dan…