KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 1,305 kompaun kepada penumpang bas ekspres dan persiaran yang tidak memakai tali pinggang keledar sepanjang bulan lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, seramai 1,147 penumpang yang dikompaun itu menggunakan khidmat bas ekspres dan selebihnya persiaran.
“Masalah ini berpunca daripada sikap penumpang yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan selain mengabaikan soal keselamatan.mSepanjang operasi itu, seramai 39 pemandu bas ekspres dan 45 pemandu persiaran dikompauan kerana tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 JPJ Kelantan di Politeknik Kota Bharu di Kok Lanas, di sini hari ini.
Jazmanie memberitahu, sepanjang tempoh itu sebanyak 16,316 bas ekspres dan persiaran diperiksa dan daripada jumlah 26 buah bas ekspres tidak memasang tali keledar. – UTUSAN










