Warga emas nyaris maut kereta rempuh bangunan sedang diubah suai

Warga emas nyaris maut kereta rempuh bangunan sedang diubah suai

KEADAAN kereta milik Palanivelu selepas merempuh sebuah bangunan lama yang dalam proses ubah suai di Jalan Jetty Lama, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah bangunan lama yang sedang dalam proses ubah suai di Jalan Jetty Lama di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, G. Palanivelu, 77, bagaimanapun bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan akibat daripada rempuhan berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, sebaik sahaja tiba di sana, didapati mangsa sedang berada dalam keadaan tersepit di ruangan pemandu dan gagal keluar kerana ditimpa oleh sisa runtuhan bangunan terbabit.

“Komander operasi kemudian mengarahkan agar kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dijalankan dengan menggunakan peralatan khas kebombaan.

“Mangsa seterusnya berjaya dikeluarkan tidak lama selepas itu sebelum diserahkan kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan) untuk tindakan lanjut.

“Kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan juga telah dilakukan oleh anggota operasi dengan bantuan pihak MBSP (Majlis Bandaraya Seberang Perai),” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, rakaman video mengenai kemalangan tersebut tular di media sosial termasuk Facebook dan TikTok.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN