Warga emas maut tercampak keluar selepas treler hilang kawalan - Utusan Malaysia

Warga emas maut tercampak keluar selepas treler hilang kawalan

KEADAAN lokasi kemalangan di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang warga emas maut selepas tercampak keluar dari treler yang dipandunya dipercayai hilang kawalan di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Bukit Sireh di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa berusia 60 tahun meninggal dunia dilokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal treler tersebut dari kawasan kilang Kayu Staponal, Batu Jong Kuala Krai menghala ke William Timber Kulim, Kedah.

Menurutnya, setiba dilokasi pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan tersebut dan kemudian telah melanggar penghadang jalan serta tiang lampu jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan treler terbabas ke bahu jalan dan pemandunya tercampak keluar dari kenderaan melalui cermin hadapan.

“Mangsa yang beralamat di Padang Serai, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan terperinci akan dijalankan oleh pihak kami dan orang ramai yang mempunyai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Amirul Izham Azlan di talian 09-9666222,” ujarnya.-UTUSAN

03072

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN