IPOH: Seorang ibu tunggal yang kehilangan kedua-dua belah kakinya terpaksa mencari upah sebagai penyanyi sambilan di majlis keraian bagi menanggung dua orang anak perempuannya berusia 16 dan 12 tahun. N. Megala, 44, kehilangan kaki kanan pada tahun 2022 disebabkan kemalangan dan setahun kemudian kaki kirinya terpaksa dipotong akibat kecederaan akibat penyakit kencing manis. Dia kini bergantung sepenuhnya terhadap kerusi roda dan sukar untuk memenuhi tempahan kerja-kerja menjahit yang dilakukan sebelum…