Tun Mahathir kongsi rahsia panjang umur 100 tahun

Tun Mahathir kongsi rahsia panjang umur 100 tahun

Ulang tahun
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan rahsia beliau mampu kekal sihat, aktif, dan bertenaga walaupun telah mencecah usia 100 tahun.  

Katanya, tiada rahsia istimewa atau ramuan ajaib yang diamalkan untuk mencapai tahap kesihatan ini. 

Sebaliknya Dr. Mahathir yang kini mencecah usia 100 tahun menjelaskan, beliau sering untuk mengurangkan tidur dan banyak berfikir agar badan dan otak terus kekal aktif.

“Kalau kita lihat kebanyakkan keluarga jika orang itu sudah tua, dia suka sangat tidur. Pergi jalan, saya pun mengantuk juga nak tidur tetapi saya tidak mahu tidur. Jika suka tidur, lutut-lutut akan jadi lemah sebab tidak ada senaman. Jadi bangun pun tak larat dan kuat jika lama tidur.

“Satu lagi perkara adalah pemikiran kita, kalau kita tak banyak berfikir, kebolehan otak kita akan berkurangan. Kita kena aktif tubuh badan dan akal fikiran walaupun kita dah berumur

“Jadi kalau kita bercakap dengan orang berbahas, menulis membaca itu semua mengaktifkan otak kita, barulah otak mampu kekal aktif, ” katanya dalam satu hantaran di TikTok miliknya.

Dr. Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau  dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Julai 1981 dan beliau merupakan Perdana Menteri paling lama mentadbir negara iaitu selama 22 tahun.

Pada 2018, setelah gabungan politik beliau memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Negarawan itu sekali gus mencipta rekod sebagai bekas Perdana Menteri Tertua Masih Hidup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN