Tuduhan Ibu Pejabat PN ditutup kerana gagal bayar sewa tidak berasas

Tuduhan Ibu Pejabat PN ditutup kerana gagal bayar sewa tidak berasas

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dakwaan Perikatan Nasional (PN) gagal melunaskan bayaran sewa ibu pejabat parti itu di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur yang ditutup sejak Mac merupakan tuduhan yang tidak berasas sama.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, penutupan tersebut berikutan perjanjian sewaan selama dua tahun secara rasminya telah berakhir pada April lalu.

Menurutnya, penutupan itu tidak menjejaskan operasi pengurusan dan pentadbiran parti malah komunikasi pimpinan serta jentera masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

“Kita masih mempunyai pegawai-pegawai yang berkhidmat. Saya sendiri sentiasa menerima maklumat daripada ibu pejabat. Itu membuktikan bahawa ia masih berfungsi seperti biasa.

“Tempoh sewaan pejabat berkenaan yang berlangsung selama dua tahun dan tidak dilanjutkan selepas kontrak berakhir pada April. 

“Setiap kali kita menyewa pejabat ada tempoh yang telah ditetapkan. Bila tempoh itu tamat dan tidak disambung, ia bukan satu isu besar. Saya kira perkara ini pernah dibincangkan sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Tambun 2025 di sini semalam.

Semalam, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika ditanya mengenai status ibu pejabat gabungan itu yang dikatakan ditutup sejak Mac lalu memberitahu tidak mengetahui mengenainya dan menjelaskan perkara berkenaan di bawah tanggungjawab Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pejabat itu telah berfungsi sebagai lokasi mesyuarat Majlis Tertinggi PN sejak penubuhan gabungan parti pembangkang itu pada 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN