Tuan Ibrahim ganti Abdul Hadi naratif 'campak pukal'

Tuan Ibrahim ganti Abdul Hadi naratif ‘campak pukal’

MOHD. Asri Mat Daud (kiri) ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Ulama Pas menyifatkan spekulasi kononnya Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan menggantikan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden sebagai ‘naratif campak pukal’ yang tidak berasas dilontarkan oleh penganalisis politik.

Ketua Penerangannya, Mohd. Asri Mat Daud berkata, naratif itu tidak diperlukan berikutan semua pihak sudah sedia makluman bahawa Abdul Hadi tetap kekal sebagai Presiden Pas dan beliau kini sudah semakin sihat.

Katanya, sehingga kini tiada angin atau ribut yang membawa perkhabaran yang mengatakan Abdul Hadi naik ke jawatan Mursyidul Am sama ada dari peringkat kawasan, negeri malahan dewan-dewan di peringkat Pusat sekali pun.

“Jadi kita boleh katakan ia naratif ‘campak pukal’ sebab kalau tanya kepada mana-mana perwakilan Pas, mereka akan kata ia sekadar spekulasi sedangkan kita dapat lihat gandingan Tok Guru (Abdul Hadi) dan Tuan Ibrahim sudah semakin serasi.

“Jadi tidak perlu ada sebarang spekulasi lain termasuk mengatakan Tuan Ibrahim sesuai ganti Presiden jika Tok Guru nak ke Mursyidul Am. Tidak perlu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Pas dilihat belum bersedia untuk membuka laluan kepada Tuan Ibrahim menjadi Presiden parti itu.

Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, bekas Menteri Alam Sekitar dan Air itu hanya mempunyai peluang cerah untuk menjadi Presiden Pas seterusnya jik Abdul Hadi bergerak ke jawatan Mursyidul Am. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN