Tindakan pantas Kmy Kmo ke hospital selamatkan anak, negatif radang otak - Utusan Malaysia

Tindakan pantas Kmy Kmo ke hospital selamatkan anak, negatif radang otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Kmy Kmo, lega apabila keputusan prosedur Lumbar Puncture (LP) menunjukkan anaknya, Abdul Jabbar Rakeem negatif radang otak.

Menerusi perkongsian isteri penyanyi itu,  Syifa Diana, tindakan pantas mereka

membawa anak mendapatkan rawatan ke hospital telah menyelamatkan kesihatan Jabbar daripada menjadi lebih teruk.

“Alhamdullilah, keputusan LP menunjukkan negatif daripada radang otak. Doktor cakap kalau lambat ke hospital, mungkin tahap kesihatannya boleh terjejas.

“Tiba sahaja di hospital, doktor terus berikan antibiotik baik yang biasa dan kuat untuk Jabbar. Antibiotik kuat itu adalah untuk elak kuman daripada sampai ke otak.

“Doktor bagi banyak kali di bahagian tangan kiri dan kanan sampai bengkak. Doktor kemudian ‘drip’ menerusi kaki sebab dia sensitif,” tulisnya menerusi satu kenyataan yang turut dikongsikan penyanyi itu.

Bagaimanapun, anak sulungnya itu masih menerima rawatan memandangnya demamnya masih belum reda.

“Jabbar masih ditahan kerana masih ada kuman yang menyebabkan demamnya tak surut.

“Sekarang, doktor nak beri antibiotik demam supaya suhu turun 37 darjah celsius. Kalau suhu turun, barulah dia akan beri ubat cecair dan boleh keluar wad.

ok

“Alhamdullilah syukur cepat bertindak dan terima kasih atas doa kalian semua,” tambahnya.

Terdahulu, penyanyi Kmy Kmo cemas apabila doktor mengesyaki anaknya, Jabbar, mengalami radang di bahagian otak.

Oleh itu, Jabbar perlu menjalani prosedur mengambil cecair tulang belakang dan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN