Tiga tahun diburu, polis tahan Aimay bantu siasatan kes bunuh ibu hamil - Utusan Malaysia

Tiga tahun diburu, polis tahan Aimay bantu siasatan kes bunuh ibu hamil

TERTUDUH (kiri) semasa dibawa oleh polis untuk tahanan reman di Mahkamah Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Selepas tiga tahun menjadi buruan polis, seorang lelaki yang dikenali sebagai Aimay akhirnya berjaya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita hamil pada 2022 lalu.

Aimay ditahan pegawai dan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di jalan Bukit Lata, di sini pada pukul 7 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisoner Kama Azural Mohamed berkata, hasil soal siasat awal Aimay tidak mengaku melepaskan tembakan ke atas wanita berkenaan.

“Suspek juga tidak mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas tempoh reman diperolehi,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Pada 9 Jun 2022 lalu, media melaporkan, polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita hamil tujuh bulan yang ditembak pada perutnya sebelum mayat ditinggalkan di dalam kereta miliknya jenis Nissan Cefiro di tepi jalan di Kampung Teresek, Repek, di sini

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, siasatan mendapati, lelaki itu, Zulhakimy Aiman Suhaidruddin, 21, atau lebih dikenali sebagai Aimay yang berasal dari Kampung Pak Jak di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan dalam dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta jenis Nissan Cefiro dengan kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri.

Kama Azural memberitahu, dalam serbuan itu PGA turut menahan seorang lagi lelaki berusia 24 tahun.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan selepas anggota PGA mengesan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek tidak menjumpai barang yang menyalahi peraturan. Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Semakan mendapati suspek yang ditangkap bersama Aimay itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN