SEREMBAN: Tiga pelajar sebuah kolej di Selangor maut selepas mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan 15 buah motosikal yang sedang berkonvoi selain sebuah lori dan sebuah kereta di Kilometer 262.5, Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu mendapati kumpulan motosikal ditunggang secara berkumpulan di lorong tengan dan kanan…










