Tiga mangsa nahas UPSI kembali ke kampus

Tiga mangsa nahas UPSI kembali ke kampus

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Tiga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB),Gerik, Perak pada 9 Jun lalu telah kembali mengikuti pengajian di kampus universiti itu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sebahagian besar yang lain pula meneruskan pengajian mengikut secara dalam talian.

Katanya, pengurusan universiti menyediakan dua kaedah pembelajaran iaitu secara fizikal dan dalam talian bagi memastikan semua pelajar dapat mengikuti kuliah tanpa ketinggalan

“Ketika ini semua pelajar dibenarkan keluar dari hospital dan pelajar terakhir yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Hospital, Kuala Terengganu telah dibenarkan pulang pada 8 Julai lalu.

“Tiada pelajar yang menangguhkan pengajian walaupun ada yang masih dalam proses pemulihan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terlibat dalam kemalangan yang turut melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN