PETALING JAYA: Tiga beranak yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mendalangi kartel pembekalan susu tepung ke sebuah jabatan kerajaan dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga 50 peratus dalam pembekalan tender terbabit. Ketiga-tiga individu berkenaan terdiri daripada pemilik syarikat dan pemegang saham itu disyaki terbabit dalang kartel pembekalan susu tepung ke sebuah jabatan kerajaan yang tidak memenuhi piawaian standard SIRIM bernilai kira-kira RM120 juta. Menurut sumber, fokus siasatan…