PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan bahawa beliau tidak akan menghadiri perhimpunan pembangkang yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka petang ini walaupun namanya disenaraikan sebagai salah seorang penceramah utama. Menurutnya, beliau sudah pun memaklumkan kepada pihak penganjur lebih awal bahawa tidak dapat hadir kerana tidak berada di lokasi pada waktu perhimpunan. “Saya menghormati hak rakyat untuk berhimpun tidak kira apa isu atau haluan ideologi. “Kebebasan berhimpun ini adalah hasil perjuangan reformasi yang dicapai melalui pengorbanan besar oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ini merupakan kemajuan penting dalam perlaksaan sistem…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya