SPRM nafi dakwaan Rafizi  - Utusan Malaysia

SPRM nafi dakwaan Rafizi 

BAHAGIAN Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) yang beroperasi di bawah sektor operasi SPRM memastikan setiap maklumat daripada aduan awam hinggalah dokumen rahsia negara disaring, disimpan dan disalurkan mengikut protokol yang paling ketat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap individu yang bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei didakwa memiliki sebuah rumah di Port Dickson adalah  tidak tepat.

Satu sumber berkata, semakan SPRM mendapati individu itu memiliki beberapa rumah kos sederhana serta beberapa kenderaan, semuanya dibeli melalui pinjaman bank yang sah.

Katanya, rumah itu sebenarnya merupakan aset pihak berkuasa tempatan yang melalui proses pelupusan biasa, dan permohonan pembelian dibuat pada harga RM55,000.

“Beberapa Ahli Majlis lain turut membeli rumah pada kadar yang sama. Semakan mendapati proses tersebut teratur dan mengikut prosedur.

“Siasatan SPRM juga tidak menemukan bukti bahawa individu berkenaan menerima rasuah daripada kontraktor atau mana-mana pihak lain,” katanya di sini hari ini.

Kata sumber, keseluruhan siasatan SPRM setakat ini tidak menunjukkan sebarang unsur rasuah. 

Jelasnya, sumber kewangan bagi pembelian aset turut disahkan datang daripada simpanan peribadi serta hasil jualan perniagaan dan syarikat.

“Gambaran bahawa SPRM menjalankan serangan politik seperti  yang didakwa adalah tidak berasas.  SPRM bertindak atas aduan, bukan arahan politik. Ini hanyalah SOP siasatan biasa,” jelasnya.

Jelas sumber itu, individu terbabit yang dipanggil baru-baru ini hadir bersama peguam bagi memberikan kerjasama dalam siasatan berkaitan dakwaan rasuah semasa memegang jawatan sebagai Ahli Majlis di sebuah pihak berkuasa tempatkan di Lembah Klang.

Ujarnya, berapa perkara utama telah diperjelaskan dalam siasatan termasuk dakwaan individu berkenaan pernah menjalankan beberapa perniagaan sebelum menyertai politik. 

“Perniagaan tersebut telah dijual tetapi nama pendaftaran tidak dipindahkan kepada pemilik baharu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyebabkan keperluan untuk memberi penjelasan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  berhubung hasil jualan,” katanya.

Semalam, SPRM menafikan tuduhan kononnya mereka digunakan untuk menyiasat calon-calon yang bertanding pada pemilihan PKR Mei lepas seperti didakwa bekas Menteri Ekonomi,  Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sebuah audio siar baru-baru ini.

Menurut SPRM, setiap aduan yang mempunyai asas akan melalui proses pengesahan dan siasatan mengikut undang-undang serta prosedur yang ditetapkan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN