KUALA LUMPUR: Tiada bukti sahih mengenai keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang didakwa kini menetap di kawasan mewah Green Hills di Shanghai, China dengan menggunakan pasport palsu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini dakwaan lokasi dan penggunaan pasport oleh individu yang dilaporkan belum ditemukan dengan fakta sokongan dan sahih. Katanya, kementerian melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM)…










