SEREMBAN: Surau Madani di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban Arah Selatan di Kilometer 274.6 Lebuhraya Utara-Selatan di sini menjadi surau R&R pertama di lebuh raya negara ini mendapat kelulusan untuk mengadakan solat Jumaat. Pengisytiharan kebenaran itu disempurnakan Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Faudzinaim Badaruddin semalam. Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi berkata, projek perintis itu merupakan usaha bersama pelbagai agensi termasuk kerajaan Negeri Sembilan…










