MELAKA: Kebocoran Loji Rawatan Larut Resap (LTP) dari Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang dan aktiviti penternakan haiwan dikenal pasti sebagai punca pencemaran Sungai Air Batu di Kampung Paya Rumput Jaya di sini, minggu lalu. Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, kebocoran di LTP disebabkan oleh lebihan kapasiti yang terpaksa ditampung loji berkenaan. Beliau berkata, loji itu hanya…










