Suhu laut meningkat, terumbu karang pupus

Suhu laut meningkat, terumbu karang pupus

AFFENDI Yang Amri menunjukkan data satelit keadaan suhu air laut yang menjadi lebih merah akibat pemanasan global ketika Program Rehabilitasi Terumbu Karang 2025 di Pulau Aur, Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Terumbu karang yang menghiasi dasar laut negara bukan sekadar tarikan pelancongan atau perhiasan semula jadi, sebaliknya menjadi nadi ekosistem marin dan tonggak ke­selamatan makanan negara.

Kebanyakannya kini dalam keadaan tenat, ekoran kepanasan air laut yang semakin ekstrem akibat perubahan iklim global, malah para saintis memberi amaran terumbu karang bakal pupus menjelang 2050 jika tiada tindakan diambil.

Pegawai Penyelidik Institut Sains Samudera dan Bumi Universiti Malaya (UM), Dr. Affendi Yang Amri berkata, situasi itu amat genting dan mencemaskan.

Beliau yang lebih 30 tahun mengkaji ekosistem laut berkata, data satelit menunjukkan suhu air laut di seluruh dunia merekodkan peningkatan lebih tinggi daripada suhu normal yang pernah dicatatkan.

“Kawasan Artik yang sepatutnya dingin semakin panas. Ini semua petanda bahawa laut semakin tertekan dan ini menyebabkan fenomena kelunturan terumbu karang atau coral bleaching semakin kerap berlaku dengan karang kehilangan alga yang hidup bersamanya, lalu menjadi putih dan akhirnya mati akibat kelaparan,” katanya ketika ditemui pada Program Rehabilitasi Terumbu Karang 2025 di Pulau Aur di sini.

Dr. Affendi berkata, ramai yang menyangka terumbu karang ialah batu, namun sebalik­nya ia haiwan yang mempunyai hubungan simbiotik dengan alga.

Katanya, jika dalam tempoh dua hingga tiga minggu terumbu karang tidak mendapat semula alga, ia akan mati dan situasi itu kini berlaku dalam skala global.

Beliau berkata, selama ini laut menyerap sehingga 80 peratus haba dunia, sekali gus mengelakkan suhu atmosfera melonjak tinggi, namun ia membawa kesan terhadap ekosistem marin.

“Laut ini sebenarnya hero tanpa nama. Ia cuba lindungi kita daripada panas tetapi dalam masa sama, hidupan laut seperti terumbu karang semakin menderita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN