Southern Volunteers bantu kurang beban tugas staf HSA, HSI

Southern Volunteers bantu kurang beban tugas staf HSA, HSI

LING TIAN SOON melakukan gimik penyerahan mesin Echocardiography oleh Ikbal Salam & Associates kepada HSI, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan menempatkan pasukan sukarelawan Southern Volunteers bagi membantu mengurangkan beban kerja petugas kesihatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, bagi fasa pertama, seramai 100 sukarelawan akan ditempatkan di kedua-dua hospital itu dalam masa terdekat.

Katanya, pasukan sukarelawan itu akan menjalani kursus selama seminggu bagi membantu mempersiapkan diri tentang cara kerja yang akan dilakukan.

“Pasukan sukarelawan ini merupakan pelan jangka masa pendek bagi mengurangkan beban kerja petugas kesihatan yang mendesak ketika ini.

“Mereka akan membantu kerja-kerja pentadbiran, penghantaran dokumen, membantu pesakit untuk mendaftar dan menghantar pesakit,” katanya pada Majlis Penyerahan Mesin Echocardiography oleh firma guaman, Ikbal Salam & Associates kepada Wad Kardiotorasik di HSI, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Johor memerlukan sekurang-kurangnya 4,600 petugas kesihatan bagi menangani isu tenaga kerja ketika ini.

Tian Soon memberitahu, penempatan pasukan sukarelawan adalah pertama kali digunakan di hospital sementara menunggu pelaksanaan pelan jangka panjang Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk penambahan jawatan baharu di Johor.

“Penglibatan mereka akan dilaksanakan secara berjadual mengikut syif dan kerajaan negeri juga mempertimbang pemberian elaun sebagai tanda penghargaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN