AMPANG JAYA: Kertas siasatan kes seorang komposer yang ditahan dipercayai memukul rakan serumahnya di Pandan Indah baru-baru ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya kini sedang dalam proses melengkapkan siasatan kes terbabit.
“Kes sedang dikemas kini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan suspek yang merupakan lelaki tempatan yang juga pemain gitar itu ditahan bagi membantu siasatan kes pukul rakan serumah di Pandan Indah di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, lelaki terbabit terjaga dari tidur akibat terdengar bunyi hempasan pintu bilik air.
Mangsa yang tidak berpuas hati kemudian telah keluar daripada biliknya dan menghempas pintu bilik air itu semula sebelum suspek berada di sebelah biliknya keluar membawa batang besi dan bertindak memukulnya. – UTUSAN