Tarif kuat kuasa 1 Ogos jika tiada perjanjian perdagangan dimeterai

Tarif kuat kuasa 1 Ogos jika tiada perjanjian perdagangan dimeterai

tarif
DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tarif Amerika Syarikat (AS) akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos sekiranya rakan dagang seperti Taiwan dan Kesatuan Eropah (EU) gagal mencapai perjanjian perdagangan dengan Washington, kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent pada Ahad.

Menurut Bessent, kadar tarif tersebut akan kembali ke paras tinggi seperti yang diumumkan oleh Presiden, Donald Trump pada 2 April lalu sebelum beliau menangguhkan pelaksanaan bagi memberi ruang kepada rundingan perdagangan dengan tarikh akhir ditetapkan pada 9 Julai.

Bercakap kepada CNN, Bessent mengesahkan kenyataan Trump kepada wartawan dengan beliau turut menetapkan tarikh baru pelaksanaan tarif.

Trump juga memaklumkan kepada wartawan pada Ahad bahawa beliau sudah menandatangani 12 surat pemberitahuan kenaikan tarif kepada negara-negara terlibat yang akan dihantar pada Isnin.

“Saya fikir kebanyakan negara akan selesai sebelum 9 Julai sama ada dengan surat ataupun perjanjian,” kata Trump.

Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick yang mengesahkan tarif tersebut akan bermula pada 1 Ogos namun memaklumkan Trump kini sedang menetapkan kadar tarif dan perjanjian-perjanjian berkaitan.

Langkah tarif tersebut merupakan sebahagian daripada pengumuman April lalu apabila Trump mengenakan duti sebanyak 10 peratus ke atas barangan dari hampir semua rakan dagang AS dengan rancangan untuk menaikkan kadar tersebut bagi negara tertentu dalam tempoh beberapa hari.

Namun, pelaksanaan tarif ter­sebut segera digantung sehingga 9 Julai bagi memberi laluan kepada rundingan perdagangan.

Negara-negara terlibat kini berlumba-lumba mendapatkan perjanjian bagi mengelakkan daripada dikenakan tarif tinggi.

Pentadbiran Trump mengumumkan kejayaan rundingan dengan United Kingdom (UK) dan Vietnam, manakala Washington dan Beijing bersetuju mengurangkan sementara kadar tarif tinggi terhadap barangan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN