Jabatan Perikanan banyak kelemahan

Jabatan Perikanan banyak kelemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Jabatan Pe­rikanan Malaysia (DOF) di­tegur selepas siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati wujud kelemahan dalam kelulusan permohonan melibatkan bot kenka.

Bot kenka ialah bot nelayan yang digunakan untuk aktiviti perikanan tetapi permohonannya tidak mematuhi syarat kelulusan dan pertukaran zon perairan yang tidak selaras dengan dasar serta pekeliling pelesenan sedia ada.

EAIC memaklumkan, pihak­nya menerima aduan berkaitan tindakan DOF meluluskan per­­­­mohonan melibatkan bot kenka dan permohonan pertukaran zon yang dikatakan tidak mengikut ketetapan syarat atau pekeliling pelesenan serta bercanggah dengan dasar perikanan sedia ada.

“Siasatan dijalankan susulan aduan yang diterima terhadap jabatan berkenaan mengikut Subseksyen 27(4), Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“Siasatan tersebut mendedahkan wujud kelulusan permohonan pertukaran hak milik kapal nelayan yang tidak mematuhi dasar dan syarat yang telah ditetapkan sendiri oleh DOF.

“EAIC berpandangan tindakan sedemikian bukan sahaja bercanggah dengan dasar perikanan negara, malah menimbulkan keraguan dari segi ketelusan dan pematuhan terhadap tatacara sedia ada,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, EAIC telah mengesyorkan dua tindakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu memberikan surat teguran kepada Ketua Jabatan DOF bagi memastikan pematuhan terhadap dasar serta syarat yang ditetapkan jabatan tersebut.

Katanya, semua kelulusan yang diberikan kepada kapal-kapal yang terlibat perlu di­semak semula bagi menjamin ketelusan dan pematuhan terhadap pekeliling sedia ada.

“EAIC menegaskan bahawa sebarang tindakan yang bercanggah dengan dasar perikanan bukan sahaja menjejaskan tadbir urus, tetapi turut membuka ruang kepada ketirisan serta eksploitasi sumber perikanan negara,” katanya.

Terdahulu, EAIC turut men­dedahkan, wujud kelemahan ketara dalam proses kelulusan permohonan membabitkan permohonan pindah milik dan atau pindah pangkalan terhadap la­pan daripada 10 kapal pukat tunda oleh DOF Johor.

Penemuan itu hasil siasatan EAIC berhubung aduan terhadap jabatan berkenaan yang didakwa meluluskan permohonan pemindahan milik dan atau pemindahan pangkalan bagi 10 buah kapal yang menggunakan pukat tunda tanpa mematuhi Dasar Penghapusan Pukat Tunda yang ditetapkan kerajaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN